Company description
Amimy Kitchen Catering menawarkan katering bagi majlis-majlis korporat, hari jadi, berbuka puasa, rumah terbuka, doa selamat dan sebagainya. Kami menawarkan hidangan pada harga yang murah dan berpatutan dengan kualiti dan rasa yang luar biasa. Kami juga menawarkan tempahan mini catering, ini bermakna tempahan boleh dibuat dengan kuantiti serendah 30 orang.
Kami boleh menguruskan tempahan sehingga 100pax bergantung kepada jenis dan kuantiti menu. Kami hanya menjalankan dalam skala yang kecil untuk menjaga kualiti masakan dan mengurangkan kos pelanggan.
Amimy Kitchen, “The Best Mini Catering in Selangor & KL”.
Antara menu yang mendapat permintaan ramai, adalah Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Briyani dan Nasi Ayam Madu. Dipadankan dengan Ayam Merah Masam Manis istimewa yang tiada ditempat lain, Rendang Ayam/ Daging, Daging Masak Hitam Manis dan Dendeng Daging yang terbaik. Ditambah Acar jelantah, Acar Buah serta Sambal Belacan istimewa.
Kami juga menyediakan pelbagai menu sampingan seperti Laksa Johor, Bihun Sup, Roti Jala, Kuih-Muih dan lain-lain. Semua yang kami tawarkan semestinya lebih murah, jimat dan berbaloi. Kami tawarkan servis katering mengikut bajet anda.